Alhamdulillah, kehidupanku makin membaik dan pulih seperti biasa meski sebelum ini terasa lelah dan penat mengharungi dugaan yang tidak disangka-sangka. Aku tahu, sebagai manusia; tidak dapat lari dari dugaan dan cubaan yang menguji kekuatan jiwa dan semangat hidup seharian.
Ternyata Allah memberi sinar dalam langkah ini. Supaya aku berubah menuju ke arah jalanNYA yang lurus. Meski banyak yang perlu dipelajari dalam menguatkan hati dan iman, ku mohon agar kekuatan ini berkekalan. InsyaAllah. Bimbang andai jalan yang ditempuhi ini tiba-tiba hilang. Benar kata seseorang yang rapat dengan ku;
" Jika mengharapkan sesuatu yang baik, perlu mengubah diri menjadi lebih baik. ALLAH memberi ruang untukmu memperbaiki diri. Kerana, yang baik biasanya lambat untuk dimiliki"
Aku akan berusaha walaupun payah. Aku bersyukur kerana masih mampu mendengar kata-kata hati dan masih mampu menangisi kesalahan diri. Aku tidak pasti selama mana hati ini begini. Tetapi, aku pasti jika dizinkan biarlah selamanya ia begini. Kerana, aku ingin begini. Tiada yang lebih bermakna selepas mengetahui akan CINTA ini.
Di saat aku hampir kehilangan arah hidup, tiada tujuan dan bantuan, tiada teman untuk berkongsi; aku mula menyedari tentang butanya cintaku yang sebelum ini. Ia menyalahkan aku dan ingin berlalu pergi. Aku pula menangisi hampir setiap hari kerana bimbang kehilangannya.Lalu, aku mengenali makna sujud dan doa yang sesungguhnya. Bukan aku tak pernah kenalinya sebelum ini, tetapi aku tidak fahaminya. Apa yang aku fahami? Ia hanya kewajipan. Titik!!
Sedikit kesedaran yang dipalitkanNYA didalam hati ini membuat aku begitu terkesan. Aku menyedari bahawa aku tak punya apa-apa jika tanpaNYA. Astagfirullah, Ampuni aku. Ia datang mengetuk pintu hati, dan ku harapkan selamanya ia bersemadi.
Mode: Ikhlas sungguh, hati ku ikhlas
Ku melangkah di jalanMU
0 komen-komen???:
Post a Comment