Hari ini hati terpanggil untuk mengingatkan sesuatu yang tidak digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. Dan sudah pastinya seperti berlaku pada insan seperti aku. Apakah itu?
Tentunya, HUTANG. Mengapa Rasulullah tidak menggalakkan hutang?
"Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Seperti diriku yang lemah ini, aku mempunyai satu tabiat buruk iaitu sukar nak ingat kalau berhutang dengan orang. Bukan sebab tak mahu bayar, tetapi memang tak ingat. Tapi jika diingatkan, InsyaAllah; akan diusahakan untuk membayarnya. ^_^
Kadangkala bimbang menguasai diri, takut tidak dapat menyelesaikan hutang- piutang yang ada. Tapi akan dicuba sedaya upaya memandangkan aku tidak mahu kebaikan yang ada habis digantikan dengan hutang yang dimiliki di akhirat kelak. Sudahlah kebaikan pun tidak tahu diterima atau tidak; nak serah pada insan lain pula. Moga di bantu Allah dalam urusan ini.
“Barang siapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan hasrat membayarnya balik nescaya Allah akan menunaikan hasratnya dan barang siapa berhutang dengan hasrat untuk tidak membayarnya balik nescaya Allah membinasakan harta tersebut.” (Riwayat Bukhari)
Semoga entri ini dapat membantu mengingatkan daku tentang segala hutang yang dimiliki. Janganlah sampai daku melupakannya pula. AMIN..
0 komen-komen???:
Post a Comment