Alhamdulillah, Allah memberi peluang buat diri untuk meneruskan kehidupan dan memperbetulkan kesilapan. Moga diri ini sering di pandu Allah ke JalanNYA. Pejam celik, sudah hampir kita dengan ramadhan yang mulia, kan?
Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini, daku terpanggil untuk menulis sesuatu yang di minta oleh adikku iaitu mengenai TA'ARUF. Meski aku bukan lah seorang yang begitu arif mengenainya, aku akan cuba berkongsi tentangnya disini melalui pengetahuanku yang hanya sedikit ini. InsyaAllah.. ^_^
Mesti ramai yang memahami pengertian taaruf ini, kan? Di dalam Islam sendiri, taaruf membawa maksud mengenal, yang membawa erti saling mengenal bukan sahaja di dalam lingkungan usia kita sahaja tetapi juga buat saudara sesama muslim.
Mari kita lihat ayat dari surah Al hujurat ayat 13 ini:
Ayat di atas tentunya sudah menjelaskan Allah menganjurkan hambaNYA berkenal-kenalan di antara kita. Tetapi, Allah juga telah menggariskan panduan buat kita dalam taaruf ini, apatah lagi antara lelaki dan wanita. Ya, kan? Contohnya, dalam pencarian jodoh; penting nya taaruf ini dalam melahirkan keluarga yang sakinah, mawadah dan warahmah. Jadi, untuk mencapai tujuan itu, taaruf ini harus dikawal dengan sebaik nya dan mengikut jalan-jalan yang ditetapkan.
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." ( Surah An Nur: Ayat 26)
Sesungguhnya aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menulis mengenai tajuk ini tetapi bagi pandanganku yang kerdil ini, hubungan antara wanita dan lelaki perlulah dibatasi dengan mengikut batasan syariat. Kerana, wanita mampu menjadi fitnah yang besar buat seorang lelaki. Jadi, buat kaum lelaki; jaga hati, jaga imanmu. Ingatlah, syaitan sentiasa menjadi yang ketiga antara kalian berdua, ^_^
Ku doakan agar kita dapat mendalami pengertian taaruf yang sebenarnya. AMIN
Mode: Entri ini ditulis dengan pengetahuan yang sedikit. Sekiranya terdapat kesalahan, harap dapat diberikan tunjuk ajar.
0 komen-komen???:
Post a Comment