Zaman persekolahan tentunya zaman yang indah untuk diingati dan dirindui. Terasa ingin kembali ke zaman itu. Seronok rasanya bersaing dalam kelas untuk mendapat nombor yang baik dalam kelas. Padahal, bukan pandai sangat pun.
Alhamdulillah, dapat menamatkan pengajian sekolah menengah dengan baik; walaupun tak begitu cemerlang. Namun zaman persekolahan ku tentunya berbeza dengan zaman persekolahan anak-anak kini. Ku lihat, ibu bapa kini mahu melihat anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan sanggup melaburkan wang yang banyak untuk kelas tuisyen dan kelas tambahan yang lain. Semua demi masa depan anak-anak. Bagusnya.. ^_^
Cuma yang kurang menyenangkan, apabila mendapat keputusan yang baik dalam pendidikan islam; si anak disoal pula oleh ibubapa:
"kenapa subjek ini boleh dapat 90%, tapi subjek lain tak boleh? Nak jadi ustaz ke?"
Kan bagus tu, betul tak? Patutnya ibubapa bangga kerana anak-anak mampu menjawab dengan baik, kan? Alangkah baiknya jika agama dan ilmu lain dapat berjalan seiring dengan kecemerlangan dalam penghidupan.
Aku mengharapkan agar anak-anak yang bakal daku miliki, mendapat pendidikan sewajarnya dan menjadi penyejuk hati kami; suami isteri. Daku juga mengharapkan zuriat kami menjadi orang yang fasih dengan Islam dan mengamalkannya dengan baik. AMIN
Wednesday, July 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment