Blogger Layouts

Thursday, May 30

Blurr!!

Assalamualaikum..

Tidak lama lagi kita akan menempuh bulan ramadhan yang berkah dan mulia.Siapa yang masih belum mengganti puasa, cepat-cepat la ganti ye. Cepat nya masa berjalan... Allahuakbar!

Hampir separuh tahun 2013 telah saya selusuri dengan pelbagai kisah suka dan duka. Dan nampak nya target tahun ini terpaksa dibawa ke tahun hadapan. Semua berlaku diluar perancangan saya dan suami. Kami merancang, Allah jua menentukan.. Moga saat-saat ini menjadi peringatan berkekalan dalam hidup kami selamanya. Saya benar-benar belajar saat ini!

Kadang-kadang terasa mampu melakukan segalanya, berdepan dengan apa jua yang melanda..
Kadang-kadang hati menjadi lemah dan hiba dek ujian yang tiada putusnya...
Bukan saya mengeluh diatas apa yang berlaku, cuma saya tertanya-tanya pada diri sendiri akan kesilapan masa lalu yang saya tidak menyedarinya..pada siapa?di mana? bila?...

Saya tahu, Allah sedang mendidik jiwa saya, mentarbiah hati saya yang leka sebelum ini. Siapa suruh leka sangat? Betul tak?

Saya berharap diberikan Allah jalan keluar yang baik atas semua masalah yang melanda hidup dan jiwa saya ini... Takut nak hadapi lagi  separuh tahun 2013 ni... Aduhai...

Saturday, February 23

Perihal majlis tahlil

Cepatnya masa berlalu..

Sudah hampir menjengah hari ke-100 pemergian ibunda tercinta. Hati saya masih lagi berkabung dengan pemergian insan yang tiada gantinya buat diri ini. Ya Allah, peritnya menanggung perpisahan ini.... Selepas kehilangan kedua orang tua ini, hati saya lebih sensitif dari biasa... Silap sikit, airmata akan mencurah tanpa hentinya. Lemahnya hati saya. 

Bukanlah saya cuba untuk mengada-ngada atau cuba meraih perhatian sesiapa, hati saya sunyi benar sekarang. Sunyi kerana tiada sesiapa lagi untuk dihubungi, sunyi kerana tiada lagi tempat meminta nasihat, tempat meminta semangat menghadapi segala masalah diri. Subhanallah....Allah sedang mentarbiah jiwa saya. 

" Mengajar saya untuk meletakkan cinta dan pergantungan hanya padaNya"

Dan, hari ini adik-adik tengah sibuk menyiapkan juadah untuk majlis tahlil buat dua insan istimewa kami, Mak dan Ayah. Moga doa kita diperkenan Ilahi. Malangnya, tak dapat bersama mereka atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Sedih sebenarnya....

Tak kisahlah, jika orang kata sekadar tahlil sahaja..hanya adat yang diikut oleh masyarakat. Kadangkala, kata-kata begitu menimbulkan sedikit rasa marah dalam hati saya. Saya kurang bersetuju kerana dalam majlis tahlil juga terdapat banyak kebaikan berbanding keburukan. Bukankah baik berdoa,beristigfar dan menghadiahkan bacaan yasin lebih-lebih lagi buat orang tua kita??

" Dari Abu Hurairah  R.A; bahawa Rasullulah S.A.W bersabda: apabila mati seorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan DOA ANAK YANG SOLEH"

Jadi buat saya, majlis tahlil itu sebagai salah satu tanda ingatan,doa dan kasih seorang anak buat kedua orang tua yang telah tiada. Maaf andai berlaku kesilapan...

" Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar Khattab R.A, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasullullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan....." ( Hadifh  40 Imam Nawawi: oleh Muhammad Bukhari)

Oleh itu, jangan lah kita sesekali memperkecilkan apa yang orang lain lakukan kononnya mereka salah dan kita yang tahu semua perkara. Mari sama-sama kita berdoa agar segala amalan dan perbuatan kita diterima oleh Allah dan 
kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi... Amin Ya Rabb...

p/s: moga majlis tahlil hari ini berjalan lancar. Maaf sekali lagii..... 

Friday, February 8

mukabuku...

Assalamualaikum...

sudah jumaat! Bertemu lagi dengan penghulu segala hari... Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Masih bernafas nampaknya saya, syukur atas kasih sayang Allah buat saya.

Hari ini saya menulis bagi mengingatkan diri bahawa saya telah berjaya menyahaktifkan facebook saya. Ya, akhirnya! Saya memilih untuk berbuat demikian. Saya tahu lepas ini saya takkan update lagi dengan perkembangan rakan-rakan saya (dalam diam jadi stalker handalan jugak rupanya). Namun saya percaya, hubungan takkan putus, kan?

Mungkin lebih baik buat saya....

Demi jaga hati sendiri, apa salahnya, btol tak? Sekurang-kurangnya, saya takkan menyakiti atau di sakiti oleh sesiapa. Maksud saya, perasaan ye! Ada kah orang yang sakitkan hati saya? Atau, saya yang menyakiti orang lain ye? Entahlaaaa....

Jadi, buat masa ini, nak ucap selamat tinggal kepada mukabuku. Buat semua kawan-kawan, ukhuwah kita berkekalan di dunia nyata ye...