Blogger Layouts

Saturday, February 23

Perihal majlis tahlil

Cepatnya masa berlalu..

Sudah hampir menjengah hari ke-100 pemergian ibunda tercinta. Hati saya masih lagi berkabung dengan pemergian insan yang tiada gantinya buat diri ini. Ya Allah, peritnya menanggung perpisahan ini.... Selepas kehilangan kedua orang tua ini, hati saya lebih sensitif dari biasa... Silap sikit, airmata akan mencurah tanpa hentinya. Lemahnya hati saya. 

Bukanlah saya cuba untuk mengada-ngada atau cuba meraih perhatian sesiapa, hati saya sunyi benar sekarang. Sunyi kerana tiada sesiapa lagi untuk dihubungi, sunyi kerana tiada lagi tempat meminta nasihat, tempat meminta semangat menghadapi segala masalah diri. Subhanallah....Allah sedang mentarbiah jiwa saya. 

" Mengajar saya untuk meletakkan cinta dan pergantungan hanya padaNya"

Dan, hari ini adik-adik tengah sibuk menyiapkan juadah untuk majlis tahlil buat dua insan istimewa kami, Mak dan Ayah. Moga doa kita diperkenan Ilahi. Malangnya, tak dapat bersama mereka atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Sedih sebenarnya....

Tak kisahlah, jika orang kata sekadar tahlil sahaja..hanya adat yang diikut oleh masyarakat. Kadangkala, kata-kata begitu menimbulkan sedikit rasa marah dalam hati saya. Saya kurang bersetuju kerana dalam majlis tahlil juga terdapat banyak kebaikan berbanding keburukan. Bukankah baik berdoa,beristigfar dan menghadiahkan bacaan yasin lebih-lebih lagi buat orang tua kita??

" Dari Abu Hurairah  R.A; bahawa Rasullulah S.A.W bersabda: apabila mati seorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan DOA ANAK YANG SOLEH"

Jadi buat saya, majlis tahlil itu sebagai salah satu tanda ingatan,doa dan kasih seorang anak buat kedua orang tua yang telah tiada. Maaf andai berlaku kesilapan...

" Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar Khattab R.A, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasullullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan....." ( Hadifh  40 Imam Nawawi: oleh Muhammad Bukhari)

Oleh itu, jangan lah kita sesekali memperkecilkan apa yang orang lain lakukan kononnya mereka salah dan kita yang tahu semua perkara. Mari sama-sama kita berdoa agar segala amalan dan perbuatan kita diterima oleh Allah dan 
kita tidak tergolong dalam orang-orang yang rugi... Amin Ya Rabb...

p/s: moga majlis tahlil hari ini berjalan lancar. Maaf sekali lagii..... 

0 komen-komen???:

Post a Comment