Blogger Layouts

Monday, May 5

Ingat mati

Assalamualaikum...

Syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk mencoret  disini. Alhamdulillah...

Bagaimana hendak bermula agaknya? Hurmm.. Sebenarnya hati saya sedih, sedih mengingati pemergian insan-insan yang saya hanya dapat kenali selepas pemergian mereka. Manusia yang berjiwa besar yang hasratnya ingin dicurahkan atas jalan agama. Allahurabbi! Saya malu dengan diri sendiri kerana tidak punya jiwa seperti mereka. Biarpun masih muda, pandangan mereka melangkaui usia mereka! Alangkah baiknya jika saya seperti kalian sebelum ini!

Bertuah sungguh ibubapa kalian dikurniakan zuriat sehebat kalian. Kadangkala saya termenung sendiri memikirkan apakah khidmat saya untuk agama Allah ini. Apakah yang dapat saya perjuangkan agar saya tidak malu ketika bertemu denganNYA kelak.

Teringat saya pada sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:

" Jika seseorang daripada kamu meninggal dunia, maka akan di perlihatkan tempat tinggalnya setiap pagi dan petang. Jika dia termasuk dalam penduduk syurga, maka akan terlihat kedudukannya sebagai penduduk syurga dan jika dia termasuk dalam penduduk neraka, maka akan terlihatlah kedudukannya sebagai penduduk neraka." 

Beruntungnya jika dipanggil Allah ketika sedang bermujahadah di jalanNya, kan? Mati kelak pun dilihatkan akan nikmat bagi apa yang telah dikerjakan di dunia ini.

Moga saja keluarga dan kerabat saya mampu menjadi seperti kalian, pastinya saya tumpang berbahagia. Rindunya saya untuk mencari jalan pulang kepadaNya, menimba ilmu sebanyaknya bagi mendidik zuriat yang bakal lahir dari rahim saya jika diizinkan Allah suatu masa kelak. Moga Allah mengizinkan saya melahirkan mujahid/mujahidah agama ini.

Nota: sejak akhir-akhir ni, hati jadi sayu mengingati kematian yang makin mendekati...





Friday, March 14

Buat mereka semuanya.. MH370

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga dan sahabat baginda semuanya. Alhamdulillah, menulis lagi di blog ini... 

Seperti semua sedia maklum, negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 pada sabtu lalu. Saya pasti, semua kita tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku termasuklah saya. Saya menantikan setiap update terbaru dari media tidak kira melalui internet atau televisyen. Padahal, sebelum ini saya bukanlah ahli sangat tengok berita-berita ni.

Saya sedih mengenangkan ahli keluarga penumpang dan krew yang kehilangan anggota keluarga dalam keadaan yang tidak dijangka. Tak dapat dibayangkan betapa debarnya hati mereka setiap saat. Penantian itu sememangnya suatu penyiksaan..

Saya mendoakan yang terbaik buat semua yang terlibat dalam kehilangan pesawat ini. Tidak dapat saya bayangkan andai ia berlaku ke atas diri atau salah seorang dari kerabat saya. Allahurabbi, sesungguhnya DIAlah sebaik-baik tempat berlindung.

" Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul" 

Sungguh, hidup ini terlalu rapuh. Kita tentunya tidak akan mengetahui apa yang bakal berlaku sesaat, sejam, sehari bahkan setahun yang akan datang. Dalam sekelip mata, segalanya boleh lenyap begitu sahaja.

Allahuakbar,
KepadaMU jualah kami meminta,
Memohon dengan limpah kasihMU,
Temukan kembali pesawat MH370 ini,
Selamat dan sempurna..

Ya Rahim,
Yang Maha Pengasihani,
Kasihanilah mereka,
yang menanti penuh harap,
Temukanlah... Temukanlah!

Saya mendoakan moga pesawat ini ditemukan kembali dalam keadaan yang baik dan sempurna. InsyaAllah, pasti ketemu kembali pesawat ini dengan izin dariNYA jua.

Buat MH370, DOA SAYA UNTUK ANDA. 
Nota: Jom banyakkan istighfar dan doa. Moga doa-doa kita diangkat Allah dan diperkenankan olehNYA. Amin Ya Rabb 

Tuesday, January 28

Renungan

Assalamualaikum w.b.t.

Sengaja nak post di blog ini sebuah syair yang menyentuh jiwa saya daripada imam syafie di hujung hayat beliau. Semoga bermanfaat buat diri saya dalam merenung diri. Jujur saya mengalirkan airmata setiap kali mendengarkannya.  Semoga harapan imam syafie ini mengalir dalam setiap jiwa kita. 

Pada yang ingin mendengar dendangan syair ini, boleh dengar disini

Mari kita renungkan bersama.....:)

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Tuesday, January 21

adik

Assalamualaikum...

Nak menulis perihal adik bongsu saya... tetapi bukan nak promo dia ye. :)
Alhamdulillah, sudah selamat menyambung pengajian di Pondok Pesantren di Indonesia. Syukur, dipermudahkan segala urusan buat dirinya. 

Meski perjalanan belum jauh, sekadar ke negara seberang laut; bukan lah dalam kemampuan diri kami ini. Allah juga sebaik-baik penolong. Allah menghantar bantuan buat adik, supaya adik dapat pergi. Syukur sangat2!!!... 

Dalam masa singkat dapat mempersiapkan diri dia untuk ke sana. Teruja betul kami nak hantar dia pergi, memang hasrat kami nak hantar dia belajar pondok. Terima kasih buat insan yang bantu.. Moga Allah mengurniakan segala kebaikan buat kalian. :)

Saya bangga kerana adik mahu pergi belajar pondok.
Mak dan ayah mesti bangga,
Moga jadi insan berguna untuk agama ya!
Moga berkhidmat untuk Islam.
Moga jadi insan soleh untuk Allah, Rasulullah, keluarga dan masyarakat. 
Moga kembara ilmu ini lebih jauh dan bermanfaat untuk dunia dan akhirat adik
Amin.


Mode: Sedih, Bangga, rindu, sayu, gembira dan berharap... Ya Allah! perkenankan hasrat kami... 


Wednesday, January 8

As Syahid

Sudah lama saya ingin menulis tentang beliau. 

Pemergiannya mengusik jiwa saya. Subahanallah, indah dan bererti kehidupan anak muda ini. Saya kagum! 

Saya tidak pernah mengenali siapa gerangan pemilik nama tersebut. Tetapi, ketiadaannya, semangatnya, pemikirannya membuka mata dan hati saya. Sungguh, saya terharu! 

As-syahid ahmad ammar. Anak muda yang syahidnya membuka ribuan mata anak muda untuk mengenali matlamat hidup mereka, menjadi insan berguna buat agama... 

Saya mula berfikir, 
berfikir tentang diri,
tentang matlamat,
tentang keinginan,
tentang perjuangan,

apa yang saya punya? 
Astagfirullah, saya tiada punya apa-apa.
Kerana saya leka...

Kembara ilmu beliau menemukan beliau dengan syahidnya. Sedangkan saya, belum tahu dimana. Allah! 

Membaca bait-bait syair imam as syafie membuat saya berfikir akan matlamat diri. 


Terima kasih As syahid ahmad ammar, kerana memperkenalkan syair ini kepada kami semua. Saya mendoakan anda. Tiada yang lebih gembira daripada syahid di jalan agama. 

Al-fatihah

Sunday, January 5

Azam saya

Bismillah...

Syukur bertemu dengan tahun 2014. Usia makin menginjak ke 3 series.. Allah! Makin tua sudah saya...

Banyak lagi yang perlu saya usahakan,
Banyak lagi hutang yang perlu saya langsaikan,
Banyak lagi yang perlu saya pelajari,
Entah sempat, entah tidak...

Banyak kemahuan yang ada pada diri,
yang minta dipenuhi tiap hari,
Apa lah yang saya cari sebenarnya,
saya pun tak mengerti kadangkala.

Azam tahun ini, saya ingin istiqamah.
Istiqamah dalam amalan dan akhlak.
Susahnya perjalanan ini, saya ingin tempuhi
Sudah banyak yang menanti
Bukan saya tidak peduli
Cuma, saya tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Harapan saya di hujung perjalanan nanti,
bertemunya saya dengan cinta sejati
cinta yang abadi..
InsyaAllah...

Allahurabbi..
Jadikan tujuan hidup saya/ kami hanya untuk pertemuan kita..
Hanya untuk akhirat yang abadi selamanya.
Bantulah saya/kami
Kami yang lemah dengan ujianMu,
hanya Engkaulah kekuatan kami
Tiadalah daya dan upaya kami jika tanpaMu, ya Rabb

Kasihanilah kami....

AllahummaAmeen