Perjalanan hidup ini memang ada kejutannya, bukan? Begitunya buat aku. Mungkin kerana itu yang tertulis dalam kitab hidupku. Aku bersyukur kerana semua ini. Percaya tak, dulu aku membayangkan diri untuk bertudung labuh? ^_^
Namun, selepas masa berganti masa.. hajat itu makin lenyap dari hidup. Bukan apa, terasa belum layak untuk memakainya. Tambahan dengan sikap, perwatakan diri yang dirasakan kurang bersesuaian untuk membawakan imej sedemikian. Lagi pula, dirasakan ilmu dalam dada ini masih belum cukup jika dibandingkan dengan insan lain. Macam-macam yang aku fikir, kan?
Hajat ini juga pernah ku utarakan kepada suami suatu ketika dahulu sebelum pernikahan kami. Dan, Alhamdulillah; suamiku mengerti dan merestui. Sayangnya, ia hilang dek kesibukan mendepani kehidupan. Cuma baru-baru ini, teringat kembali akan hajat itu. Dan, teringat kembali akan janji itu.
Kini, aku ingin belajar memperbaiki imej diri, dan berusaha untuk menunaikan janji itu.Semoga diberikan Allah kekuatan dalam melakukannya. AMIN
2 komen-komen???:
Salam ukhuwwah ...
Semoga terus thabat dan istiqamah...Ingatlah saudariku..seorang isteri hanya ada 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Terima kasih atas nasihat :).
InsyaAllah, akan diusahakan dengan sebaik mungkin.
Post a Comment