Blogger Layouts

Tuesday, June 7

Menjemput Roh Ibadah



Syukur, alhamdulillah atas semua nikmat yang dicurahkanNYA kepadaku. Aku masih bernyawa, berperasaan dan masih boleh berfikir dengan wajar. Cuma, hati ini merindukanNYA. Aku ingin mencariNYA. 


" Sesungguhnya didalam hati ada satu robekan yang tidak dapat di jahit kecuali dengan menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu di ubati kecuali dengan menyendiri dengan Allah SWT" ( Ibn Al Qayyim)


Di hati ini masih ada sisa kesedihan yang tak mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang diberikan olehNYA. 


Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah. Allah malu jika ada seseorang yang menadahkan kedua-dua tangan kepadaNYA tetapi kemudian ditolaknya dengan tangan hampa"


Semoga Allah mendengarkan setiap doaku, menerima setiap solatku, menerima setiap ibadahku. Kerana hati ini masih mahu dipimpin ke JalanNYA. Amin.


Buku terbaru ku. ^_^

2 komen-komen???:

AMANAH DARI KEKASIHKU said...

insyaAllah.. sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadah nya.. insyaAllah..

sedetik lebih said...

Terima kasih ^_^

Post a Comment