Sepanjang perkahwinan daku dan Mr hacks ini, jarang dapat meluangkan masa bersolat bersama. Dengan keadaan PJJ ni, sesekali sahaja dapat bersolat bersama. Alhamdulillah. Masa itu masih ada bagi kami menghadap Pencipta, Penentu jodoh kami ini bersama-sama.
Aku terharu kerna doanya, doanya untuk keselamatanku, untuk dunia akhiratku, untuk bersama-sama di akhirat kelak. Terasa sedih dan bahagia dengan doa itu. Teringat akan kata-katanya padaku;
"...... andai dirimu pergi dulu sebelumku, aku akan usahakan untuk membacakan yasin setiap hari untukmu, menziarahi mu di pusaramu. Dan aku harapkan cuma alfatihah darimu, seandainya aku yang pergi dahulu"
Itu kata-katanya. Aku terharu dan bangga dengannya. Biarpun kadangkala badai tetap melanda, tetapi itulah manisnya berumahtangga. Cuma, di harapkan agar dia mampu melunaskan janji itu sekiranya aku tiada.
Aku mengharapkan hubungan ini berkekalan hendaknya di bawah restu Ilahi. AMIN
Monday, June 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment