Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, menginjak ke minggu yang baru dengan nafas dan azam hidup yang baru. InsyaALLAH, aku bersyukur di atas nikmat ini dan berharap perjalanan hidup ini semakin indah setiap hari.
Hati ini bersyukur kerana sahabat yang dirindui mulai merapatkan diri, meski ku tahu luka hatinya mengambil masa yang lama untuk pulih kembali. Ku doakan perjalanan ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Semoga persahabatan yang dulu dibina entah dari mana paksinya, kembali terjalin kerana kurnia Yang Maha Kuasa.
Badai yang melanda persahabatan ku ini, ku kira kan sebagai rahmat dari Ilahi. Meski hati tidak tabah menerima; ku sedari bahawa Allah mahu aku dekat dan mengharap denganNYA. Jika tanpa pertolonganNYA, tentu sahaja kami tidak dapat bersama semula. Kepada Allah, ku panjatkan sembah syukurku di suatu malam yang sunyi; atas nikmat yang tidak terhingga hebatnya ini.
Terima kasih, Ya Rabb
Mode: semoga pelangi indah mewarnai hidupku kembali.. ^_^
0 komen-komen???:
Post a Comment