Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Adakalanya hidup kita terasa kekosongan dan tidak tahu pada siapa untuk diluahkan perasaan ini. Gembira, sedih, kecewa, pasrah, putus asa. Terasa bagai tiada yang memahami.
Kembalilah kepadaNYA, kerana DIA mendengar setiap bisikan hati kita. Semoga Allah membantu meleraikan semua masalah kita. Memberikan jalan keluar sebaik-baiknya, memberikan kekuatan untuk mengharungi hari-hari bahagia dan suram yang mendatang. Kerana yang pasti, setiap dari kita menghadapinya.
Maksudnya: Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada Tuhan selain DIA, yang hidup dan kekal dan aku bertaubat kepada-Nya
Ya Allah, dengarkan rayuanku.
Jangan tinggalkan aku sendiri
Kerana aku hanya ada KAMU
Hanya KAU yang memahami
dan mengetahui.
Tiada daya upaya lagi
melainkan dengan MU
Hanya padaMU
aku mengadu
AMIN..
0 komen-komen???:
Post a Comment