Alhamdulillah atas kehidupan ini. Tiada yang dapatku panjatkan melainkan syukur padaNYA atas nikmat kurniaanNYA buatku. Hari ini aku melakukan ujian kehamilan yang entah ke berapa kalinya, ^_^
Mungkin ini sesuatu yang peribadi, tetapi ini rasanya sesuatu yang dialami oleh setiap pasangan yang sudah bernikah bukan? Bukan apa, setiap dari kita yang sudah bernikah tentunya punya cita-cita mempunyai zuriat sendiri. Insan yang bakal memberi sinar baru dan dimensi baru dalam sebuah perhubungan.
Malangnya, apabila setelah bertahun-tahun menantikan kehadiran yang belum tiba; hati mulai berasa hampa. Hati mulai tertanya tentang waktu kedatangan cahaya mata itu. Terkadang terfikir tentang segala usaha yang telah dilakukan demi seorang anak ini.
Kupu-kupu syurga! Itulah sebenarnya zuriat. Yang Allah izinkan untuk menjadi peneman hidup ibubapa dalam mengharungi hidup berumahtangga. Subhanallah, aku menunggu kehadiran kupu-kupu syurga itu. Izinkan kami menjadi ibubapa, memegang amanah sebagai penjaga dan pendidik mereka.
"Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak"
Semoga ALLAH memberikan aku meraih kupu-kupu syurga milik ku ini. Kurniakan kami zuriat yang menjadi mujahidMU, pejuang di jalanMU,sihat, sempurna, soleh dan solehah.. Mewarisi sifat-sifat baik kami, dan dijauhkan dari sifat buruk kami. AMIN
Mode: Usaha dengan doa, masa nya akan tiba..
Dengan restu Ilahi, kelak pasti akan ditemui... ^_^
Tuesday, June 21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment