Syukur pada Allah atas kekuatan yang di berikan kepadaku. Cuma aku belum pasti adakah aku sekuat yang aku fikirkan. ^_^
Bukan apa, dalam hidup ini banyak dugaan dan halangan yang menjadi rencah dalam kehidupan seharian. Membuat aku banyak menangis dan merenung nasib. Salahkah aku? Mungkin tanpa disedari aku menyakiti insan-insan kesayangan. Membuat mereka terluka kerana kata-kata dan perbuatanku. Maafkan aku!
sekadar hiasan ^_^ |
Hidupku teruskan jua. Meski hati ini parah kerna luka yang terlalu dalam. Saban hari aku memikirkan tentang diriku dan insan-insan kesayanganku. Benarkah mereka menyayangiku?? Atau, aku hanya bertepuk sebelah tangan? Aku mempasrahkan semuanya pada Yang Esa. Bukan kerana putus asa, kerana aku tahu setiap yang berlaku punya hikmah dan jalan ceritanya sendiri.
Hati ini sentiasa mengharapkan saat-saat indah itu kembali kepadaku. Buat masa ini, belum ada sebarang cahaya yang ku temui didalam kegelapanku. Tapi aku yakin, jika kebahagiaan sebenar itu milik ku, ia akan kembali.
Aku akan sentiasa mendoakan itu. Dan aku tidak akan berputus asa. InsyaALLAH. Meski jauh, ku doakan kesejahteraan dan kebahagiaan selalu berada denganmu. Dan aku doakan dirimu kembali kepadaku.
Di saat ini, hati terlalu sarat dengan pelbagai soalan dan tanda tanya. Di mana pengakhirannya? Ku harapkan kita terus meredahi onak duri ini bersama-sama sehingga ke akhir hayatku. AMIN.
Mode: Hanya luahan biasa, tiada kena mengena dengan sesiapa. ^_^
0 komen-komen???:
Post a Comment