Blogger Layouts

Monday, June 13

Hikmah Doa

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Doa merupakan ibadah yang menunjukkan kita sebagai hambaNYA. Menunjukkan betapa kita hanyalah hamba yang lemah dan tidak berdaya jika tanpa pertolonganNYA. Jadi, janganlah jemu berdoa kerana Allah suka pada doa hamba-hambaNYA

Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah. Allah malu jika ada seseorang yang menadahkan kedua-dua tangan kepadaNYA tetapi kemudian ditolaknya dengan tangan hampa"


Indahnya doa! Terdapat 3 cara Allah menerima doa hambaNYA

Pertama, doa nya akan dikabulkan dengan segera.
Kedua, doanya akan di kabulkan tetapi lewat sedikit.
Ketiganya, doanya tidak di kabulkan didunia tetapi menjadi rahmat yang besar buatnya di akhirat kelak.

Jadi, yang mana pilihan kita? Tepuk dada, tanya hati.. Kerana hati yang baik akan sentiasa tunduk pada PenciptaNYA. ^_^

0 komen-komen???:

Post a Comment