Mereka yang arif tentang cinta mengatakan kepercayaan lebih utama daripada cinta. Namun, ramai yang kurang bersetuju. Adakah begitu?
Teringat kembali detik percintaan kita.. Bahagia saat itu! Bukan cinta lebih penting dari kepercayaan?
Waktu berlalu pantas, rumah tangga yang di bina di timpa dugaan dan cubaan. Suka dan duka, pahit dan manis, ketawa dan tangis. Kata orang, pokok yang dipanjat semakin tinggi, semakin kuat anginnya. Warna sebenar kita akan terserlah. Dan pada ketika itu, segala yang pahit, masam, manis, busuk dan wangi akan terlihat jelas di penglihatan.
Sememangnya cinta semata takkan mampu memelihara rumahtangga. Ya, perkahwinan dimulakan dengan CINTA tetapi berakhir dengan tanggungjawab. Cinta hanya satu rasa. Tanpa kekuatan jiwa dan kematangan, segalanya akan goyah dek ujian hidup.
Perasaan hanya hamba yang baik,
tetapi Tuan yang buruk..
Sememangnya cinta semata takkan mampu memelihara rumahtangga. Ya, perkahwinan dimulakan dengan CINTA tetapi berakhir dengan tanggungjawab. Cinta hanya satu rasa. Tanpa kekuatan jiwa dan kematangan, segalanya akan goyah dek ujian hidup.
Perasaan hanya hamba yang baik,
tetapi Tuan yang buruk..
Tiba waktunya, suatu yang dilihat cantik; tidak lagi seperti dahulu. Jika mengharap pada rasa, cinta pasti tercalar. Hanya ketika itu, cinta perlukan rasa tanggungjawab; tanggungjawab pula perlukan kepercayaan. Ketika cinta mula goyah, tanggungjawab akan datang menyelamatkan dengan peranan yang betul-betul berkesan.
Cuba kita bayang dan fikirkan,
ketika isteri muntah, badannya tidak terjaga lagi kerna menanggung tempoh mengandung
ketika mulutnya mula becok, mengasuh dan mengurus anak yang berderet
Ataupun,
ketika suami termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin naik
ketika keceriaan semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertambah
Adakah serinya masih sama seperti kita lihat di malam pertama?
Adakah kita akan terus setia?
Cinta memang hebat; lebih hebat jika ditunjangi tanggungjawab. Penerimaan sebagai pasangan hidup bukan lah bermaksud menerima semata-mata tetapi, memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa ragamu untuknya. Kerana AKAD itu suatu yang suci dan tinggi dalam hidup untuk selamanya. Bukan hanya ketika sihat, tetapi ketika terlantar. Bukan hanya ketika muda belia, tetapi ketika rambutnya putih atau mungkin juga ketika mulai tiada rambut.
Cinta itu membebaskan bukan mengawal. Terbanglah kemana kau suka, dengan izinNYA kau akan kembali!ketika isteri muntah, badannya tidak terjaga lagi kerna menanggung tempoh mengandung
ketika mulutnya mula becok, mengasuh dan mengurus anak yang berderet
Ataupun,
ketika suami termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin naik
ketika keceriaan semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertambah
Adakah serinya masih sama seperti kita lihat di malam pertama?
Adakah kita akan terus setia?
Jangan biarkan virus curiga menguasai dalam diri! Kerna kepercayaan itu harta berharga dalam sebuah rumahtangga.
Kepercayaan hanya dapat dipupuk jika kembali kepada yang UTAMA. Berpegang pada kehendakNYA.
Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.""Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu..."
Bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai... itulah dipercayai!
Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar "Al Amin" (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?
0 komen-komen???:
Post a Comment