Blogger Layouts

Tuesday, June 14

Cemburu dengan bidadari syurga

Syukur kerana kehidupan hari ini. ^_^


Meniti usia perkahwinan yang menjelang 3 tahun tidak lama lagi. Alhamdulillah atas jodoh ini. Atas keberkatan ini. Meski ada onak dan duri, semoga kasih ini kekal dan menuju ke jalanNYA. Semoga ia berkekalan ke syurga.InsyaALLAH Aku mengharapkan yang terbaik atas segalanya. Dan yang utama, kehadiran permata hidup kami kelak. Cepat atau lambat, Allah pasti mendengar doa ini,kan?


Berbicara soal hidup, setiap yang hidup akan MATI. Cuma bila, kita tidaklah mengetahuinya. Aku mengharapkan pengakhiran yang baik buat diri ini. Kerana semua pengakhiran hidup ini bergantung pada belas kasihanNYA.


Soal mati dan kehidupan selepas mati; tidak lah aku ketahui dengan pasti. Namun, hasil pembacaan dan renungan tentang kehidupan memberi makna besar dalam kehidupan seharian. Betapa hebat kehidupan yang kekal disana. 


Aku ada juga membaca buku dan artikel mengenai bidadari syurga. Indah sungguh mereka. Mereka sentiasa mencintai suami yang ditetapkan untuk mereka, menanti kehadirannya setiap hari, baik akhlak dan pergaulan mereka. Hurm.. jika dibandingkan dengan diri ini. Aku cemburu.. Cemburu kerana suatu hari nanti, akan tiba masanya suamiku pergi kepada mereka. Aku mengetahui bahawa dia hanya pinjaman buat ku didunia. Dan disanalah kasih sejatinya berada. 


Hadis Muadz :
Tidak ada seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya berkata: "Jangan engkau sakiti dia -semoga Allah melaknatmu- sesungguhnya dia hanyalah bertamu (di rumahmu), hampir saja dia berpisah meninggalkanmu menuju kami.” 


Semoga Allah tidak melaknatiku kerana doa bidadari syurga ini. Aku mengharapkan agar mampu menjadi bidadari di dunia ini buat suamiku, buat keluargaku. InsyaALLAH.


Mode: 
Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan. T_T

2 komen-komen???:

Ummi Alesya Sofea said...

:) sgt2 suka dgn entry ni..

sedetik lebih said...

terima kasih... ^_^

Post a Comment