Blogger Layouts

Friday, June 10

Aku Sendiri

Pernah kah kita rasa diri keseorangan, sendirian, sunyi, tiada tempat mengadu, tiada yang memahami? Hati betul-betul berat. Hurm.. Itu yang aku alami hari ini. 

Sendiri ada waktunya,
memberi ketenangan di jiwa,
sendiri kadang menyiksa,
kerna tiada teman bicara.

Lagu dendangan Jamal Abdillah. ^__^. Aku rasa keseorangan. Rakan-rakan mulai menjauh. Salah ku juga. Sibuk mengurus kehidupan yang sebetulnya tak terurus pun. Keluarga bukan tak memahami, tapi aku tak dapat nak luahkan semuanya kepada mereka. Aku bimbang mereka terluka dan aku juga terluka. 

Nak diluahkan pada suamiku, aku tak mampu. Bimbang menyakiti perasaan dan hatinya. Akhirnya, aku simpan sendiri. Rasa cinta, rindu dan harapan ini. Kadangkala perasaan begini menggamit ku di saat aku bahagia. Apa yang aku cari dan kejar? tidaklah aku ketahui dan pasti. 

Aku bukan sunyi kerana tiada sesiapa di sekelilingku. Tapi hati ini kosong! terasa begitu pedih dan berat. Mengapa? Aku menjadi rindu untuk menangis di hadapan ALLAH. Rindu jika tidak menangis walau sehari pun dihadapanNYA. Hati ini lega setiap kali mampu menangis begitu. Terasa lega bila berada dihadapanNYA.

Ya ALLAH, dekatkan aku denganMU. Kerana aku mahu berlari bertemuMU. KAU lah kekuatanKU. 


mode: Akan ku peluk erat cinta ini, hingga terhapus luka dihatimu. ^_^

0 komen-komen???:

Post a Comment