Assalamualaikum..
Apa yang dicoretkan di sini datangnya dari hati dan fikiranku. Jadi, diharapkan ia dapat diterima dan dihormati.
Bukan niatku untuk menyakiti sesiapa apatah lagi menjengkelkan sesiapa pun. Maafkan andai tidak disenangi.
Aku hanya insan biasa yang lemah dan melakukan kekhilafan. Aku sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang dimiliki untuk tatapan dan peringatan buat diri sendiri atau sesiapa yang berkesempatan untuk menatap blog ini. Semakin jauh perjalanan hidup ini, semakin banyak yang dapat dipelajari. Aku ingin supaya segala yang ku alami mendekatkan daku denganNYA.
Aku percaya, DIA mengetahui segalanya. Sememangnya DIA mengetahui.
Hati rasa beban,
Namun tugas masih banyak,
rasa mahu terjatuh,
bagaimana harus ku hadapi,
menjadi insan berkualiti,
Ya Allah,
padamu ku serahkan segalanya,
cukupkan bagiku agamaku,
tidak sesal bagiku,
jika itu yang terbaik,
dunia dan akhiratku..
Semoga setiap langkah ini mendekat kita padaNYA. kerana hanya padaNYA tempat kembali.
0 komen-komen???:
Post a Comment