Kadangkala pengalaman boleh merubah hidup kita 180ยบ kan? Sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Berubah menjadi lebih bahagia atau tidak. Pilihan di tangan kita. Sekiranya baik fikiran dan tindakan, baiklah seterusnya kehidupan kita.
Aku mahu berubah. Mencari jati diriku, mencari makna hidupku, mencari cintaku, mencari ketenanganku. Di mana letaknya? Jawapan yang belum ku dapati. Hurmm.. Aku hanyalah perempuan di akhir zaman. Yang bercita-cita menjadi solehah.
Banyak soalan, tapi tak ada jawapan. |
Jangan ditanya pada ku tentang cita-cita dan harapanku di masa lalu. Aku sudah melenyapkannya dari hidupku, selamanya.. Hatiku sakit dek cita-cita dan harapan yang terlalu besar ini.
Jangan di tanya pada ku tentang apa yang aku mahu. Kerana tiada siapa perlu tahu.
Jangan di tanya tentang hidupku, kerana tiada yang merasainya seperti aku.
Jangan di tanya tentang semuanya, kerana tidak ada yang mengerti pun sebenarnya.
Aku tidak hampa, tidak putus asa, bukan pasrah begitu sahaja. Tetapi aku ingin mencari sebenar-benarnya hidupku. Kasihannya diri ini kerana di usia 27 tahun masih mencari makna diri.
0 komen-komen???:
Post a Comment