Walaupun adakalanya gembira dan sedih berselang-seli, aku harapkan setiap insan disisiku mendapat kebahagian yang dicari-cari. Kerana aku sentiasa mendoakan kebahagiaan buat kalian. Aku harapkan semoga ALLAH membuka hati dan fikiran agar mampu menilai dengan sebaiknya erti kehidupan ini.
Alhamdulillah, kehidupan kini lebih bererti kerana kehadiran suami, keluarga dan keluarga mertua. Lebih besar dan lebih meriah! Tambahan apabila adanya kenduri-kendara di kedua belah pihak, seronok kalau dapat berjumpa. ^__^
Banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Macam belajar memasak! penting tuh!! syukur kerana kedua ibuku juara dalam masak-memasak ni. Jadi, bolehlah belajar juga walaupun masih belum banyak. Ilmu yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin. InsyaALLAH.
Aku harapkan kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga kita semua dapat terus bersama-sama kerana aku tak sanggup kehilangan kalian semuanya.
0 komen-komen???:
Post a Comment