Aku jadi lemah, runsing dan hampir-hampir membuat keputusan bodoh dalam hidup ini. Aku menurut kata nafsu amarah ku, dan tidak memikirkan akan kelemahan diri selama ini. Ya Allah! Sungguh aku tersasar jauh. Terima kasih atas kesedaran ini. Terima Kasih Allah atas rahmat ini. Aku hanyalah hambaMU yang hina dan lemah. Aku ingin sampai ke pintuMU, janganlah KAU menyuruhku pergi.
Aku ingin mencari bahagia di jalanMU,
bahagia dengan kehidupanku,
aku ingin menggenggam rasa cinta dan bahagia itu selamanya.
Aku mencari harta,
tetapi aku mahu menggenggam cinta.
Aku ingin mencari mewah,
tetapi aku ingin memeluk cinta sekuat-kuatnya.
Kerana cinta itu memberi,
cinta itu mendengar,
cinta itu berkorban,
cinta itu mendoakan,
Dan cinta itu memaafkan.
Ya Allah, andai terlihat akan diriku yang kecil ini. Campaklah cinta dan kasihMU buatku. Kasihani aku. Janganlah KAU biarkan aku mengendali hidup ku sendiri. Amin
0 komen-komen???:
Post a Comment