Jelly Pages
Blogger Layouts
skip to main
|
skip to sidebar
Friday, June 10
Menjadi YATIM.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Syukur atas nikmat kehidupan, nikmat iman dan nikmat Islam yang dikurniakan Allah atas diri ini. Biarpun diri ini hanya insan kerdil di mataNYA, aku mengharapkan kelak dihimpunkan dalam golongan hamba yang terpilih. InsyaAllah.
Menjadi seorang anak yatim tentunya bukan mudah. Kehilangan ibu atau bapa yang dikasihi, yang diharapkan untuk bergantung hidup, berkongsi bahagia dan derita selamanya. Bagi aku, yang pernah mengalami nya. Pengalaman hidup mengajar aku menghargai insan disekeliling ku sebelum aku kehilangan mereka. Kerana..
SETIAP YANG HIDUP
PASTI
MERASAI MATI.
Cuma insan yang ditinggalkan, khususnya anak-anak.. Pastinya hilang arah tujuan, tidak tahu dimana tempat bergantungnya. Jika mempunyai kerabat yang mengambil berat. Alhamdulillah. Tetapi jika tidak? Bagaimanalah nasibnya.
Hati ku terdetik memikirkan bagaimana kehidupan anak-anak yatim kini. Apakah kehidupan mereka baik? ataupun sekadar di cukupkan keperluan. Bukankah Allah menyuruh manusia untuk tidak menyisihkan mereka? Hurmm.. yang pasti, menjadi anak yatim bukan lah mudah.
Di saat kanak-kanak lain,
bermanja dengan ibu bapa,
mereka tiada sesiapa,
Di saat mereka ke sekolah,
menulis karangan tentang ibu bapa saya,
kertas mereka KOSONG!
Di saat menyambut Hari IBU dan BAPA,
Kad yang dibuat,
Tiada isinya, Tiada kata-katanya.
Di saat menyambut hari LEBARAN yang mulia,
mereka hanya mampu menangis,
mendengar heningnya suara takbir
Itulah realiti anak-anak yatim.
Hidup mereka ketandusan kasih sayang. Ketandusan pengharapan, mengharapkan ada insan yang mengerti akan hati mereka. Tidak dapat digambarkan bagaimana sebenarnya kehidupan menjadi yatim piatu. Subhanallah. Hidup ini terlalu banyak aturannya.
Semoga hati ini ikhlas mendoakan mereka. Mendoakan kebahagiaan mereka, mendoakan keselamatan mereka di dunia mahupun akhirat. AMin.
Mode: mengingati kisah-kisah tentang penghidupan anak yatim kini, dan menghayati kehidupan sendiri. ^_^
0 komen-komen???:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CINTA ABADI DAN HAKIKI
Dari Abu Hurairah r.a, Rasullullah S.A.W meriwayatkan dari Allah " .... dan sentiasa hambaKu bertaqarrub kepadaku dengan amalan sunat hingga AKU mencintainya. Jika AKU mencintainya, jadilah AKU sebagai pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar dan sebagai penglihatannya untuk ia melihat dan sebagai tangannya yang ia gunakan untuk berbuat dan sebagai kakinya untuk ia berjalan. Dan jika ia meminta kepadaKU, pasti AKU memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada KU, pasti AKU melindunginya.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh
Keluarga Impian
Ya Allah, jika Engkau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami.Dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga. Kurniakan kami dengan zuriat yang soleh dan solehah, menjadi mujahid dan mujahidahMU
tolong Dengarkan Aku
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhanku, hidupkan aku dengan iman, matikan aku dalam iman, serta masukkan aku ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan aku, ampunilah segala dosa kesalahanku dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapaku, serta kesihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka berdua mengasihaniku semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umurku dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhanku, janganlah kiranya Engkau pesongkan imanku sesudah Engkau kurniakan kepadaku petunjuk. Anugerahilah daku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada aku kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah daku daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjunganku Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Amin, Ya Rabb
Tinta ku
►
2016
(1)
►
January
(1)
►
2015
(1)
►
January
(1)
►
2014
(6)
►
May
(1)
►
March
(1)
►
January
(4)
►
2013
(3)
►
May
(1)
►
February
(2)
►
2012
(11)
►
December
(1)
►
July
(1)
►
May
(4)
►
April
(2)
►
February
(3)
▼
2011
(105)
►
December
(4)
►
November
(2)
►
October
(1)
►
September
(3)
►
August
(3)
►
July
(17)
▼
June
(50)
Jejak Hidup
Ost Hikmah
Mencari Zon ikhlas
Wasiat buat puteriku
Buat Diriku sayang
Mohon Sembuh
Syukran Ya Rabb
aku suka ^_^
Apabila tiba Jumaat
Rayuan Cinta Buat Isteri
Terlupa aku
Demi Masa
Nasihat ku buat si dia
Patah hatiku
Munajat Sepasang Kekasih
Dimana Syurga??
Menanti kupu-kupu syurga
Hikmah Hidup
Cerita Cinta
Dekat di hati
YA UMMI...
Bencana buat wanita
ku Menangis
Tak Mahu Jadi Derhaka
Frust Jadi BAIK
Siapa yang menyahut rintihan derita insan?
Jika ingin MATI
Hidayah Milik Allah
Lebih indah dari Cinta
Jangan tanya aku
Cemburu dengan bidadari syurga
Kerana Doanya, Aku terharu
Hikmah Doa
Perkenankan doa ku.
Menjadi YATIM.
Aku Sendiri
Taqwa
Untukmu Suamiku. ^__^
Tak mampu hilang CINTA itu.
Di kejauhan ini
Jarak kehidupan
Membaca titian Ilmu
Menjemput Roh Ibadah
Suatu Perjalanan, mencari makna kehidupan.
Rawat Hatimu
Jangan merajuk, sahabatku
Ku bahagia
Aku mengadu.
Diam atau bercakap baik
ALLAH tahu..
►
May
(25)
Mode
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisanku,
Doakan keselamatanku dari azab.
( Imam Shafie)
Aku hanya insan biasa,
mencoret di ruangan ini untuk mengingatkan diri,
meluahkan rasa hati,
dan menjadi penerang di jalan ini
.
Ku tahu, ilmu yang dimiliki
hanya secebis ,
Tetapi... INILAH aku.
Nak Ikut?
Feedjit
Feedjit Live Blog Stats
doauntukaku.blogspot.com. Powered by
Blogger
.
0 komen-komen???:
Post a Comment