Blogger Layouts

Tuesday, June 7

Membaca titian Ilmu

Sejak zaman kanak-kanak, aku memang suka membaca. Boleh di katakan banyak juga buku yang telah aku baca setakat ini. Alhamdulillah. Zaman remaja ku, aku sukakan novel cinta. Jadi banyak jugalah novel yang aku miliki. Antaranya:

Buku lama yang masih dalam simpanan ^_^

Apabila dah berusia awal 20-an, aku sukakan buku-buku berunsur ini pula. ^__^

Suka buku ramlee awang murshid!
Dan bila dalam usia 27 tahun ni, aku lebih memilih buku-buku untuk pembentukan diri sendiri. Masih ada juga minat membaca novel thriller dan cinta, tapi buat masa ini kena motivasi diri sendiri dan juga mendalami perkara-perkara lain. 


Alhamdullillah atas rezeki ini semua. Dapat juga beli buku, kan? Dari insan-insan lain yang nak beli makanan pun tak mampu, apatah  lagi buku-buku. Ku harapkan buku-buku ini semua dapat menjadi khazanah berharga buat anak-anakku kelak. InsyaAllah. Semoga Allah menunaikan impian itu. Amin.



Dan ini, novel cinta sulung sahabat karibku.. Nazratul Waheeda Nadzri atau pun weeda airiza. Semoga berjaya menjadi penulis yang terkenal suatu hari nanti. ^_^

0 komen-komen???:

Post a Comment