Blogger Layouts

Wednesday, June 1

Diam atau bercakap baik


Syukur untuk hari baru ini. 

Bercakap tentang diri, aku sendiri tak pasti sama ada aku jenis yang suka bercakap atau berdiam diri. Tapi yang pasti, aku suka memerhati dan melihat gelagat orang lain. ^__^

Memang diakui, kadang-kadang bicara atau tutur kata kita boleh menyebabkan berlaku pelbagai insiden yang tidak di sengajakan. Sebabnya kadang-kadang fikiran berjalan lebih lambat dari percakapan. 

" Fikir dulu sebelum cakap". Masa sekolah, teman-temanku suka ingatkan. Terima kasih..

Orang yang pendiam itu lebih baik dari orang yang bercakap tak tentu hala. Diam dapat mengelakkan pertengkaran, perselisihan faham dan pembohongan. Sedangkan Rasullullah SAW sendiri pun pernah bersabda: 

" Mahukah aku khabarkan kepadamu dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang atas tubuh, iaitu diam dan baik perangai" (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Rasanya, mahu berubah menjadi seorang yang pendiam untuk mengelak dari disakiti dan menyakiti. ^__^

masa untuk mensenyapkan handphone buat
sementara waktu. OFF mode!! 

0 komen-komen???:

Post a Comment