Mati itu apa sebenarnya? Apakah hakikat mati itu? Hurmm.. membuat ku terfikir. Sememangnya kita akan mati, cuma bila waktunya? Itu rahsia Ilahi.
Terdapat 2 jenis kematian sebenarnya iaitu mati sementara dan mati kekal. Mati sementara ni ialah ketika kita tidur. Maksudnya kalau kita suka tidur, maknanya kita suka mati la.. ^_^ Dan, yang kedua adalah mati yang kekal iaitu apabila tercabutnya roh dari badan kita. Yang membuat kita terpisah selamanya dari dunia ini.
Pabila dengar kematian, biasanya melibatkan kesedihan yang amat sangat khususnya dari pihak keluarga yang kehilangan orang tersayang. Tetapi, kesedihan dan ketakutan yang bakal di alami oleh insan yang "pergi" itu lebih lagi kerana akan menghadap yang Maha Kuasa. Segala perbuatan yang dilakukan akan dihitung walaupun sebesar zarah. Subhanallah!
Kadangkala kita memikirkan bahawa mati boleh menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
" untuk apa aku hidup kalau macam ni, baik mati saja"
" kenapa lah susah sangat hidup ni, mati lagi senang"
Senang kita bercakap tanpa berfikir tentang apa yang bakal ditempuh di akhirat. Pengakhiran bagaimana yang di mahukan? Baik ataupun buruk?
Segala peringatan tentang mati harus ada dalam diri supaya diri ini ingat bahawa kehidupan duniawi tidak kekal. Segala yang dimiliki akan hilang, yang tinggal hanya amalan untuk dijadikan bekal dan pemberi syafaat di akhirat. InsyaALLAH.
Jika ingin mati,
izinkan aku pergi dengan baik,
izinkan aku pergi tanpa menyusahkan
insan yang ku tinggalkan.
Jika ingin mati,
mohon supaya bekalan yang dibawa
cukup untuk menghapus dosa
yang masih tersisa.
Jika ingin mati,
ku mohon di iringi doa
dan ingatan yang berkekalan
dari insan kesayangan.
AMIN.Ya RABB
Wednesday, June 15
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment