Blogger Layouts

Monday, June 6

Suatu Perjalanan, mencari makna kehidupan.


Di satu hari yang sedih dan hiba dalam hidup aku. Aku terfikir kenapa Allah jadikan dunia ini, orang-orang di atas nya ada yang gembira, ada yang derita? Aku termenung memikirkan kehidupan yang di alami setiap hari. Kenapa semua nya berlaku demikian? Allah Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Mengapa Allah tidak menjadikan dunia ini hamparan, dimana setiap isinya bahagia, gembira, tiada kesedihan dan tiada peperangan? Mengapa perlu ada tangisan, kesedihan, kekecewaan dan peperangan?

Terfikir akan kebesaran hari akhirat, di mana semuanya indah. Allah janjikan buat umatNya yang berusaha mencari nikmat di akhirat yang kekal abadi itu. Sekiranya hidup dunia ini sama sahaja dengan akhirat, bagaimana kita akan berusaha mencari akhirat? Berlumba-lumba mencari bekalan untuk dibawa kesana. Subhanallah. 

Semoga Allah membantu daku dalam pencarian ini, Semoga hati ini di pimpin ke jalanNYA. Aku hanya insan yang lemah imannya, mengharapkan belas ihsan dariNYA agar dapat kembali kelak dalam kelompok yang terpilih olehNYA.


Mode: Sekadar peringatan buat diri sendiri, aku bukanlah orang yang terlalu arif tentang iman, islam tetapi aku juga seperti kalian. Yang cuba mempelajari dan cuba memahami akan diri sendiri.

0 komen-komen???:

Post a Comment