Monday, May 23
Tempat Seorang Isteri
Syukur sekali lagi kepada Allah kerana mengizinkan aku menghirup udara di bumi ciptaanNya ini. Alhamdulillah. Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.
Syukur juga kepada Allah kerana menjodohkan aku dan suamiku. Kami disatukan pada 2009 dan sekarang sudah pun 2011. Sudah 2 tahun! Alhamdullillah, kerana Allah mengekalkan jodoh ini sehingga kini dan semoga Allah mengekalkannya sehingga ke hujung nyawa kami.
Cuma sayangnya, aku belum dapat tinggal bersama suami kerana aku bekerja di KL dan dia pula di Johor. Dan selama 2 tahun inilah, aku dan suami berulang alik dari KL ke Johor. Penatkan?? ^__^
Kadang-kadang terdengar juga kata-kata yang berbisa dari orang terdekat menyuruh aku berhenti sahaja. Bukan tak mahu, tapi belum mahu... Belum mahu kerana banyak agenda dan rancangan hidup yang hendak kami lunaskan.
Dimana tempat seorang isteri? Jawapannya, di sisi suami. Tapi bagi aku, tempat seorang isteri bukan lah di sisi suami.. tetapi dibelakangnya, yang menjadi penyokong di saat susah dan senangnya..Aku cuma mahu menjadi seperti itu.
Semoga Allah menjadikan aku sebagai isteri, ibu dan anak yang baik, menjadikan aku tabah dalam mengharungi hidup yang mendatang dan buat suamiku, terima kasih kerana memahami daku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment