salam mesra..
sudah lama meninggalkan ruangan ini. Sibuk dengan aktiviti harian lah katakan.. :)
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di ruangan ini. Terima kasih, Ya Rabb
Buat insan yang sudah berumahtangga, tentunya kehadiran cahaya mata menjadi impian utama dalam hidup mereka. Bukan apa, cahaya mata inilah menjadi pengikat kasih, penyambung nasab mereka, penghilang penat lelah tatkala seharian bekerja. Dan yang utama, kupu-kupu syurga mereka.
Apa yang terjadi kini?
Adakah kalian perasan tentang kejadian pembuangan bayi yang menjadi jadi di kala ini. Astagfirullah, semoga Allah mengampuni dosa dosa kita. Saya terpanggil untuk menulis tentang tragis nya nasib si bayi yang tidak berdosa. Sedih memikirkan nasib anak kecil yang belum mengerti apa-apa; dibuang, dikelar, dicampak begitu sahaja.
Apakah dosa mereka kepada anda? sehingga tergamak anda melakukan begitu? Adakah kita sudah kembali ke zaman jahiliiyah? sehingga membunuh anak sendiri menjadi perkara yang terlalu biasa buat masyarakat kita? Namun, saya pasti; benar benar pasti... anak anak yang diperlakukan begini, pasti kerana ingin menutup malu ibu bapa nya. Percayalah, Allah mengetahui segala yang kita nampakkan dan kita sembunyikan. Sesungguhnya tiada satu apa pun yang dapat melepasi pandangan dan pengetahuanNYA. Subhanallah!
Jangan lah menzalimi si kecil ini selepas anda menzalimi diri anda sendiri. Berfikir lah tentang janji Allah yang pasti tiba, pembalasan yang tiada penghujungnya. Hidup yang sementara ini bukanlah syarat untuk melakukan segala yang dikehendaki tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari. Sekiranya anda tidak menginginkan mereka, jangan disiksa dan dibunuh sikecil ini. Kasihan mereka, kerana mereka bukan punca dari perbuatan anda. Mereka hanya AKIBAT dari perbuatan anda!!
Oleh itu, berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu yang bakal anda kesali sehingga ke akhir hayat anda. Semoga Allah membimbing hati hati kita ke jalanNYA. AMIN
Mode:
Maafkan saya kerana menulis begini.
Maafkan saya kerana begitu marah dengan siapapun anda...
Namun, saya mendoakan anda menemui kebahagiaan yang anda cari.
Segala etenangan dan kebahagiaan hanya dari Allah..
Hanya denganNYA kita hidup, Hanya denganNYA kita akan mati..
Tuesday, October 18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen-komen???:
Post a Comment