Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar dan menikmati bahagia bersama insan yang dikasihi.
"nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan, bukan?"
Semua pemberian ini diterima dengan tangan terbuka. Tidak kira pahit atau manis. Melihat insan di sekeliling menjadi lebih tua dan dewasa; mengingatkan betapa masa cepat sekali berlalu. Adik beradik yang menjadi teman sepermainan sudah mulai menempuh jalan hidup sendiri, mengejar cita-cita masing-masing demi sebuah kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Anak- anak saudara yang dulunya sering "lepak" di rumah tok sudah jarang kelihatan kerana bersekolah dan macam-macam aktiviti lainnya.
Ibu dan insan insan seangkatannya pula diduga Allah dengan ujian kesihatan. Macam-macam perkara yang ditempuhi.. Badan yang dulu sihat, sekarang mulai lenguh-lenguh.. Kaki yang dulu mampu berjalan berbatu-batu; sudah kurang upayanya. Setelah mengharungi liku-liku hidup yang getir suatu masa dulu, tentunya semangat hidup insan-insan ini lebih kuat dari aku.
Kadangkala terfikir, bagaimana nasib aku dikala seusia dengan ibu; 57 tahun? masih bernafas kah? sihat kah? terlantar kah? Subhanallah, segalanya datang daripadaNYA.
Alangkah beruntung nasib ibu, jika mempunyai anak yang mampu untuk memeliharanya dikala sedang diuji itu, kan? Pernah dengar ibu-ibu bercakap..??
" Anak sepuluh, mak seorang boleh jaga..
Tapi..
MAK seorang, belum tentu lagi anak boleh jaga"
Kata-kata itu tersemat kukuh kat hati ini. Bimbang andai melupakan tanggungjawab itu.. Astagfirullah...
Aku belum melalui zaman itu, dan kuharapkan andai masa itu tiba.. aku mampu untuk menggalas tanggungjawab itu demi jasa-jasanya yang tiada ternilai buatku..
Ku harapkan hati ini terbuka seluasnya untuk menerima ketentuan Ilahi, menjadikan hati ini kuat dalam mengharungi segala yang bakal mendatang. Dan, yang paling utama aku dapat menjadi anak yang berbakti buat kedua orang tuanya. InsyaALLAH..
Mode: Mengingati ibu yang dikasihi. Mungkin sebab nak balik johor kot.. Semoga semua akan baik. Amin..
0 komen-komen???:
Post a Comment