assalamualaikum
Diam tak diam, dah sebulan lebih aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Ye ker? Ikutkan.aku pun tak percaya. Padahal dulu hidup, fikirannya tentang kerja belaka ( konon workaholic). Rasanya kini adik aku sedang merasainya. :)
Yang peliknya, bila tak bekerja ni; hati asyik berfikir nak bekerja, mahu mencari kerja..Bukan apa, fikiran jadi terlampau ringan sejak tak bekerja. Percaya atau tidak, sudah sebulan lebih aku tak migrain. Alhamdulillah.... Hebat juga ni.
Sekarang ada waktu untuk masak, menjahit, menulis, membaca.. pendek kata, banyak masa!! :))
Paling utama; masa yang ada kini, aku habiskan dengan perkara yang aku impikan buat sebelum ini. Menjadi ulat buku paling berjaya dan bergaya. Bukan lah bermakna aku menatap buku saja 24 jam, tetapi sekarang sudah ada masa untuk menelaah buku yang dibeli sebelum ini.. Hehe..
Banyak juga buku yang dapat aku baca dari hari ke hari, tapi buat masa ini fokus untuk membaca buku-buku untuk menambah ilmu dan yang dapat membantu menambah iman insan kerdil seperti aku. InsyaAllah...
Nanti akan aku kongsikan review buku yang telah aku baca ini dalam blog ku yang lainnya.. hehe.. boleh siap ada blog lain lagi padahal blog ini pun kadang-kadang bersawang.
Sekian buat kali ini.. :))
Mode: rindu pada sibuknya kerja! :)
Tuesday, February 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen-komen???:
mana blog yg lain?
Post a Comment