Jantung macam nak tercabut, bila terbaca
"alfatihah buat abah.............."
sebagai seorang teman rapat dan mengenali kedua orang tuanya. Saya turut merasa kehilangan yang dialami beliau. Lantas, tangan ini terus mendail nombor beliau untuk mendapatkan kepastian...Innalillah.... Sudah 2 minggu rupanya, dan saya tidak perasan akan post tersebut. Maafkan saya wahai sahabat!
Jadi, kami berbual mengenai kisah pemergian abah beliau, dan juga mengenai kisah kisah teman rapat yang sekian lama tidak berhubung. Kisah teman yang saya kira menimbulkan rasa sedar akan nikmat yang telah dihadiahkan oleh Allah. InsyaAllah, akan saya kongsikan kisah tersebut buat panduan dalam meniti hidup kita selanjutnya. Sesungguhnya, bukan saya sahaja sedang diuji bahkan teman dan insan terdekat juga sedang diuji!
Saya berkongsi kisah berkenaan ibu saya yang kini beransur sembuh. Dengan izinNya jua, saya ditemukan dengan seorang pakcik yang saya kira boleh merawat ibu. Cuma yang saya terkejut apabila dikatakan ibu saya terkena badi mayat. Sesungguhnya saya tidak pasti akan kewujudannya dalam perubatan Islam. Apabila diterangkan oleh pakcik tersebut, saya dapat merasakan ada kebenaran pada kata katanya. Tubuh yang dulunya gemuk, kini kurus melidi...Maafkan kami kerana tidak tahu lebih awal.
"moga mak sembuh kali ini."
Moga awan gelap yang singgah ini segera berlalu buat saya dan semua yang menghadapinya. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya, hanya kita perlu mencari setiap rahsia yang terselindung disebalik semuanya
mode: maaf ya sahabat andai aku tiada disaat dikau kehilangan arah tuju, disaat kau buntu, disaat kau keseorangan. Aku mendoakan kebahagiaanmu, keluargamu dan semoga persahabatan ini kekal hingga akhir hayat kita.