Rasulullah S.A.W pernah bersabda
"bahawa dalam setiap diri manusis terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh amalmya.Gumpalan itu ialah hati"
Dari hati lahirnya rasa kasih, sayang, cinta, marah, dengki, benci dan 1001 rasa yang tidak kita ungkap. Betapa manusis menampung begitu banyak rasa dalam diri.
Dari hati, lahirnya semua niat baik atau pun tidak. Jika baik, alhamdulillah. Moga Allah memudahkan semuanya. Manakala jika sebaliknya, Moga diberi petunjuk oleh Allah ke arah jalanNya yang lurus.
Kompleksnya manusia. Hati yang sekecil ini tersimpan begitu banyak perkara. Hebatnya Allah menciptakan!
Aku menyaksikan bagaimana Allah membalikkan kehendak hati ini 360 darjah. Bagaimana Allah menukarkan semua tangisku kepada rasa bahagia. Semuanya semudah ABC buatmu ya Allah.
Saat-saat gelap, kelam yang ada sebelum ini.. kuharapkan terus berlalu. Aku mahu melangkah, tanpa berpaling ke belakang lagi. Aku tak mahu membuka lembaran itu lagi selamanya. Betapa setiap kali aku merenung kembali saat-saat lalu, rasa ajaib dengan apa jua Allah berikan ini.
Sungguh, hati ini milikMU...
Syukur atas segalanya Ya Allah....
Alhamdulillah.
Monday, January 4
Subscribe to:
Posts (Atom)