Blogger Layouts

Sunday, January 25

Selamat Ulang Tahun, Sayang!

Assalamualaikum..

Malam ini terasa seperti ingin menulis sesuatu disini. :)
Hari ini hari yang bersejarah buat diri saya kerana hari ini saya menjadi bidadari dalam hidup seorang lelaki. Syukur Allah mengurniakan peluang untuk berdampingan dengannya sejak enam tahun yang lalu.

Sungguh, terasa sungguh cepat masa berlalu.. 6 tahun sudah meninggalkan kami dan saya yakin kami akan terus mengharungi hari mendatang ini bersama. Walaupun kami masih belum bertemu dengan kupu-kupu syurga kami, saya berharap Allah mengurniakan kami dengan rahmat itu secepatnya buat mengikat kasih sayang kami. InsyaAllah...

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-6, .......
Semoga hubungan kita sampai ke syurgaNya..