Assalamualaikum..
Tidak lama lagi kita akan menempuh bulan ramadhan yang berkah dan mulia.Siapa yang masih belum mengganti puasa, cepat-cepat la ganti ye. Cepat nya masa berjalan... Allahuakbar!
Hampir separuh tahun 2013 telah saya selusuri dengan pelbagai kisah suka dan duka. Dan nampak nya target tahun ini terpaksa dibawa ke tahun hadapan. Semua berlaku diluar perancangan saya dan suami. Kami merancang, Allah jua menentukan.. Moga saat-saat ini menjadi peringatan berkekalan dalam hidup kami selamanya. Saya benar-benar belajar saat ini!
Kadang-kadang terasa mampu melakukan segalanya, berdepan dengan apa jua yang melanda..
Kadang-kadang hati menjadi lemah dan hiba dek ujian yang tiada putusnya...
Bukan saya mengeluh diatas apa yang berlaku, cuma saya tertanya-tanya pada diri sendiri akan kesilapan masa lalu yang saya tidak menyedarinya..pada siapa?di mana? bila?...
Saya tahu, Allah sedang mendidik jiwa saya, mentarbiah hati saya yang leka sebelum ini. Siapa suruh leka sangat? Betul tak?
Saya berharap diberikan Allah jalan keluar yang baik atas semua masalah yang melanda hidup dan jiwa saya ini... Takut nak hadapi lagi separuh tahun 2013 ni... Aduhai...
Thursday, May 30
Subscribe to:
Posts (Atom)